• Syarat - Syarat

    SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERATURAN

    • Semua peserta mestilah warganegara Malaysia
    • Penyertaan setiap kumpulan nasyid terbuka kepada lelaki atau perempuan.
    • Gabungan antara lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan adalah tidak dibenarkan.
    • Jumlah peserta bagi setiap kumpulan adalah tidak melebihi 10 orang.
    • Pengurus pasukan tidak terdiri daripada ahli kumpulan.
    • Penyertaan terbuka kepada kumpulan-kumpulan di seluruh negara, termasuk kumpulan nasyid sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
    • Kumpulan yang sama tidak dibenarkan menyertai 2 acara atau lebih dalam Pertandingan ini.
    • Setiap individu hanya dibenarkan mewakili satu kumpulan sahaja.
    • Sesebuah kumpulan dianggap tidak layak menyertai pertandingan nasyid ini sekiranya mana-mana ahli kumpulannya terdiri dari penyanyi profesional (telah membuat album sama ada dalam bentuk piring hitam, kaset atau cakera padat, baik secara solo atau berkumpulan dan diedar/diterbit oleh syarikat rakaman berdaftar)
    • Kumpulan yang berminat boleh memohon untuk menyertai pertandingan dengan menghantar borang penyertaan yang lengkap kepada pihak urusetia sebelum tarikh tutup penyertaan 24 Ogos 2015
    • Segala perbelanjaan perjalanan, penginapan, makan minum dan kebajikan adalah tanggungan kumpulan masing-masing.

    PEMILIHAN LAGU & MUZIK

    • Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan sebuah lagu sahaja dengan pilihan lagu bebas samada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris atau gabungan ketiga-tiga bahasa ini.
    • Setiap kumpulan boleh menyampaikan sama ada lagu nasyid kontemporari / moden atau lagu nasyid tradisional. Nasyid tradisi bermaksud lagu yang mengandungi unsur-unsur antaranya bayati, nahwan, sikah, ras, sobah, hijaz. Manakala lagu nasyid moden ialah lagu selain daripada lagu tradisi tetapi hendaklah tidak termasuk rentak seperti rock, heavy metal, jazz, hip hop, rap dan seumpamanya.
    • Masa persembahan ialah 6 minit sahaja (tidak termasuk masa turun naik dan persiapan). Markah permulaan diambil kira setelah pasukan memulakan nasyid (memulakan lagu). Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong dua (2) markah.
    • Senikata lagu hendaklah dalam bahasa Melayu, Bahasa Arab, atau Bahasa Inggeris atau gabungan bahasa-bahasa tersebut. Bagi senikata di dalam bahasa Arab dan Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
    • Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai Islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan sejahtera, membanteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpamanya.
    • Lagu-lagu yang akan dipertandingkan perlu disediakan dalam bentuk “CD minus one” (2 salinan) dan lirik lagu (3 salinan).
    • Setiap CD “minus-one” dan lirik lagu nasyid hendaklah sampai ke tangan pihak penganjur pertandingan semasa pendaftaran pada 4 September 2015
    • Setiap lagu nasyid hendaklah diiringi dengan muzik “minus-one” yang disediakan (rakamannya) oleh setiap kumpulan itu sendiri.
    • Pemuzik dan peralatan muzik tambahan tidak dibenarkan.