• Syarat - Syarat

    SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERATURAN

    • Semua peserta mestilah warganegara Malaysia.
    • Penyertaan setiap kumpulan kompang terbuka kepada lelaki dan wanita
    • Jumlah peserta bagi setiap kumpulan adalah tidak melebihi 15 orang.
    • Penyertaan terbuka kepada kumpulan-kumpulan di seluruh negara, termasuk kumpulan kompang sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
    • Kumpulan yang berminat boleh memohon untuk menyertai pertandingan dengan menghantar borang penyertaan yang lengkap kepada pihak urusetia sebelum tarikh tutup penyertaan 31 Ogos 2015.
    • Segala perbelanjaan perjalanan, penginapan, makan minum dan kebajikan adalah tanggungan kumpulan masing-masing.

    TEMPOH MASA

    • Setiap kumpulan diberi masa selama 7 minit untuk keseluruhan persembahan kompang. Persembahan selepas 7 minit, markah tidak akan diambil kira.
    • Loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke 6 dan loceng kedua dibunyikan bagi menandakan masa tamat.
    • Masa akan dikira bermula dengan selawat / beat pertama kompang hingga habis selawat.

    PENGHAKIMAN & FORMAT PERSEMBAHAN

    • Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang dilantik oleh penganjur dan keputusan hakim adalah muktamad.
    • Penghakiman dibuat berdasarkan pada aspek-aspek berikut :-

    Screen Shot 2015-08-24 at 3.19.04 PM

    • Setiap kumpulan dibenarkan mempersembahkan 1 lagu atau lagu gabungan sama ada yang berbentuk nasyid  nasihat atau patriotik.
    • Setiap pasukan perlu menyediakan 5 salinan lirik lagu.
    • Kompang hendaklah dipalu dengan menggunakan tangan sahaja tanpa sebarang alat bantuan yang lain.
    • Paluan mestilah melibatkan kesemua ahli kumpulan.
    • Gubahan yang mempunyai lebih dari dua bentuk paluan adalah satu kelebihan (contoh : menyilang, menganak dan lain-lain)
    • Pergerakan formasi mestilah melibatkan semua ahli pasukan dan bersesuaian dengan rentak paluan.
    • Pergerakan / formasi yang keterlaluan, agresif, berbahaya dan akrobatik tidak dibenarkan.
    • Sebarang set dan prop tambahan dalam apa jua bentuk adalah tidak dibenarkan.
    • Segala pergerakan masuk dan keluar pentas adalah juga dianggap sebagai satu persembahan.
    • Kompang jenis biasa sahaja dibenarkan. Saiz kompang hendaklah berdiameter 25cm hingga 38cm (10 inci hingga 15 inci).
    • Belulang kompang mestilah dibuat daripada kulit binatang sahaja. Penggunaan PVC atau kulit tiruan tidak dibenarkan sama sekali.
    • Peralatan tambahan seperti jidor, tamborin dan lain-lain tidak dibenarkan.
    • Penghakiman akan dipengerusikan oleh seorang Ketua Jemaah Hakim Pertandingan Kompang Formasi sempena Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 yang dilantik.

    Lain-lain Keterangan

    • Pakaian peserta kumpulan Kompang Formasi hendaklah bersopan dan menutup aurat sesuai dengan nilai-nilai Islam. Sebarang perhiasan dan solekan hendaklah dalam keadaan sederhana dan tidak keterlaluan.
    • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa- apa tuntutan bagi sebarang kemalangan, kecederaan atau kerugian sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dilaksanakan.Setiap kumpulan hendaklah melaporkan diri 30 minit sebelum pertandingan bermula.
    • Sebarang kelewatan akan menyebabkan penyertaan dibatalkan. Semua peraturan dan syarat-syarat pertandingan wajib dipatuhi. Mana-mana kumpulan yang melanggar mana-mana syarat dan peraturan di atas boleh dibatalkan penyertaannya.