SOALAN LAZIM

Apa itu Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) 2019

Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) adalah program pemasaran di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk membantu usahawan luar bandar meningkatkan aktiviti pemasaran dan meluaskan akses pasaran untuk produk dari desa.

Kenapa perlu mengunjungi Karnival Usahawan Desa?

Sebagai usahawan, terdapat banyak kemudahan dan insentif serta khidmat nasihat yang akan dikongsi oleh agensi kerajaan dan swasta sepanjang KUD berlangsung. Usahawan juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang mesin, peralatan atau teknologi bagi meningkatkan kualiti produk.

Sebagai pengunjung berkeluarga atau individu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan termasuk laman haiwan peliharaan dan ternakan, pameran dan jualan produk usahawan desa yang unik, cabutan bertuah, taman permainan gergasi dan banyak lagi. Boleh rujuk kepada rangkaian aktiviti di KUD.

Kenapa perlu sertai Karnival Usahawan Desa?

Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) 2019 di Putrajaya kali ini menyasarkan seramai 2 juta pengunjung, 1000 pempamer serta 7 zon dengan pelbagai pameran dan jualan produk usahawan dan aktiviti tarikan pengunjung.

Siapakah yang menyertai Karnival Usahawan Desa?

Usahawan bimbingan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) daripada seluruh Malaysia akan menyertai Karnival Usahawan Desa yang terbahagi kepada kluster makanan & minuman, hasil tani, kesihatan & kecantikan, fesyen, hasil kraf, usahawan sosial & kreatif, perkhidmatan dan usahawan RBO.

Bilakah Karnival Usahawan Desa?

Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) 2019 akan berlangsung selama 5 hari bermula daripada 17 hingga 21 Oktober 2019 (Khamis hingga Isnin), dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam.

Dimanakah Karnival Usahawan Desa akan berlangsung?

Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) 2019 akan berlangsung di Jalan Permodenan (Pekarangan Istana Kehakiman), Presint 3, Putrajaya.

Adakah KUD@KPLB 2019 mesra pengunjung?

KUD@KPLB 2019 memberi perhatian kepada pengunjung daripada aspek penyediaan tempat letak kenderaan yang mencukupi, kekerapan bas shuttle KUD di hentian bas sementara yang berdekatan dengan tempat letak kenderaan serta pelan tapak yang lengkap bagi rujukan pengunjung.

Apakah bentuk pembayaran yang diterima di KUD@KPLB 2019?

Secara umumnya, pembayaran utama adalah dalam bentuk tunai. Namun kerjasama dengan pihak berkepentingan juga telah dilaksanakan dalam menggalakkan penggunaan e-Wallet di kalangan usahawan yang terlibat dalam penganjuran KUD@KPLB 2019.

Berapakah harga tiket KUD@KPLB 2019?

Secara umumnya, kemasukan ke KUD@KPLB adalah percuma. Untuk menyertai pertandingan atau bermain aktiviti-aktiviti tertentu di KUD 2019, mungkin terdapat bayaran yang dikenakan oleh pengelola aktiviti. Sila rujuk kepada pengelola aktiviti di KUD untuk kepastian.