DATANG KE KUD

MEMANDU SENDIRI

Pengunjung boleh memandu sendiri ke tapak karnival dan meletakkan kenderaan di lokasi yang telah ditetapkan.

PENGANGKUTAN AWAM

TREN ERL

Pengunjung boleh menaiki tren ERL dari KLIA/KLIA2, KL SENTRAL atau BANDAR TASIK SELATAN dan berhenti di Putrajaya Sentral, kemudian pengunjung perlu menaiki bas Nadiputra Laluan L15 untuk ke Persiaran Perdana. Setibanya di Persiaran Perdana, bas shuttle khas KUD akan berada di stesen bas tertentu untuk membawa pengunjung ke tapak KUD.

BAS

Pengunjung boleh menaiki bas Nadiputra dari tempat-tempat tertentu untuk ke Putrajaya Sentral. Dari Putrajaya Sentral perlu menaiki bas Nadiputra Laluan L15 untuk ke Persiaran Perdana. Setibanya di Persiaran Perdana, bas shuttle khas KUD akan berada di stesen bas tertentu untuk membawa pengunjung ke tapak KUD. pengunjung Sila rujuk kepada maklumat laluan bas NadiPutra di sini.

E-HAILING (GRAB, MyCar)

Pengunjung boleh juga datang ke KUD dengan menaiki perkhidmatan Grab, MyCar dan lain-lain dan berhenti di tempat yang ditetapkan.

BAS KHAS KUD

Pengunjung yang memandu sendiri akan meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan yang agak jauh. Bas Khas KUD akan membawa pengunjung ke tapak karnival secara percuma.

Nota:

1. Kekerapan perkhidmatan bas shuttle KUD adalah 15-20 minit.
2. Perkhidmatan bas shuttle KUD akan membawa penumpang ke Masjid terdekat untuk Solat Jumaat bermula daripada 12.30 tghri – 2.30 ptg

PENGINAPAN

Bagi pempamer, pengunjung dan usahawan yang bakal berada di KUD Putrajaya 2019, terdapat banyak pilihan penginapan yang berdekatan di Putrajaya dan kawasan sekitar seperti Cyberjaya, Dengkil, Bangi dan lain-lain.

TAPAK KARNIVAL USAHAWAN DESA PUTRAJAYA 2019

Tapak KUD Putrajaya terbahagi kepada 7 zon yang terdiri daripada pelbagai pengisian menarik untuk pengunjung, pempamer dan usahawan.

PELAN TAPAK

ZON KUD

ZON A: DESA PERDANA

ZON B: DESA SEJAHTERA

ZON C: DESA WAWASAN

ZON D: DESA HARAPAN

ZON E: SELERA DESA

ZON F: DESA PINTAR / ZON G: DESA TERNAKAN

WAKTU OPERASI

17 Oktober 2019 (Khamis)10.00 pagi – 10.00 malam
18 Oktober 2019 (Jumaat)10.00 pagi – 10.00 malam
19 Oktober 2019 (Sabtu)8.00 pagi – 10.30 malam
20 Oktober 2019 (Ahad)8.00 pagi – 10.30 malam
21 Oktober 2019 (Isnin)10.00 pagi – 10.00 malam