KUD-Logo-300x138-without2015

Apa itu KUD

  • Karnival Usahawan Desa (KUD) merupakan projek di bawah program pemasaran untuk memperkenalkan, mempromosi dan memperluaskan akses pasaran yang akan dapat memartabatkan produk/perkhidmatan luar bandar melalui gabungan pelbagai strategi pemasaran dalam satu program.
  • KUD memberi tumpuan utama terhadap aktiviti-aktiviti mencipta peluang pasaran seperti pemadanan perniagaan, mempelbagaikan jaringan perniagaan di samping meningkatkan semangat daya saing di antara usahawan melalui prinsip promosi, produk, penempatan dan penetapan harga berteraskan konsep pemasaran 4P (Kotler’s Marketing Mix). Ia akan dapat mencipta peluang untuk produk/ perkhidmatan luar bandar meneroka potensi pasaran.

Perlaksanaan KUD

  • Pelaksanaan KUD akan dapat meluaskan akses pasaran dan meningkatkan peluang pemasaran produk dan perkhidmatan luar bandar.

Objektif KUD

  • KUD dirancang dan dilaksanakan adalah bagi :
    • memperkenalkan, mempromosi dan memperluaskan akses pasaran serta memartabatkan produk/perkhidmatan luar bandar;
    • meneroka dan meluaskan peluang pasaran baru dan lebih besar dengan pengurusan pemasaran secara sistematik; dan
    • meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk/perkhidmatan luar bandar

Senarai tarikan kepada pengunjung semasa KUD 2015

  • KUD 2015 memberi tumpuan khusus kepada aspek pemasaran bagi meningkatkan daya saing usahawan luar bandar melalui pelaksanaan insiatif-insiaitif baru seperti berikut:
    • mempromosikan iconic product  luar bandar – sebagai simbol  produk yang berdaya maju dan boleh diperluaskan di kawasan luar bandar;
    • memperkenalkan produk atau stock keeping unit (SKU) baru.  KUD 2015 menyasarkan untuk memperkenalkan sebanyak 20 produk atau SKU baru luar bandar yang merupakan inisiatif untuk menggalakkan budaya berdaya saing serta inovasi dalam pembangunan produk;
    • memperkenalkan street marketing sebagai strategi pemasaran yang praktikal terutamanya bagi usawahan-usahawan perusahaan kecil dan sederhana;
    • mengenegahkan cooperative movement dalam pembangunan ekonomi komuniti.  Sehingga kini sebanyak 57 koperasi di bawah program Desa Lestari telah menjadi entiti perniagaan sebagai enabler kepada gerakan ekonomi berkomuniti;
    • melibatkan seramai 729 usahawan mikro dan PKS yang menjalankan perniagaan/perusahaan daripada pelbagai kategori seperti makanan dan minuman, produk berasaskan pertanian dan penternakan, kraftangan dan seni halus, kesihatan dan kecantikan, produk organik, pelancongan, perkhidmatan perladangan dan peruncitan.