PENGENALAN

Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) merupakan program pemasaran di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memartabatkan produk dan perkhidmatan usahawan-usahawan luar bandar melalui perluasan akses pasaran serta peningkatan aktiviti pemasaran.

KUD@KPLB 2019

Program ini diadakan pada setiap dua tahun dan pada tahun ini, KUD@KPLB telah bermula dengan program KUD@KPLB di Zon Utara (Pulau Pinang, 29 Mac – 1 April 2019) dan seterusnya bergerak ke Zon Timur (Terengganu, 25-27 April 2019) dan Zon Sabah (Kota Kinabalu, 22-25 Ogos 2019). Acara kemuncak KUD@KPLB 2019 akan berlangsung di Jalan Permodenan (Pekarangan Istana Kehakiman), Presint 3, Putrajaya yang bakal menghidangkan pelbagai acara menarik.

OBJEKTIF

Mempromosi serta menjadi salah satu medium untuk mewujudkan akses pasaran produk/perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli selain mengadakan jualan secara terus kepada pengguna.

Memperkukuh dan melebarluaskan jaringan antara usahawan luar bandar dengan para pembekal mesin, peralatan atau teknologi/inovasi terkini bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti produk/perkhidmatan mereka.

Meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta menerokai peluang pasaran baru yang lebih besar samaada dalam atau luar negara dengan pengurusan pemasaran secara sistematik.

Menjadi platform untuk mempromosi kemudahan serta insentif yang disediakan oleh sektor awam dan swasta yang dapat membantu perkembangan perniagaan usahawan luar bandar.